PKPB Akan Diganti Dengan PKPP

pkpb akan diganti dengan pkpp

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB akan diganti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, PKPP mulai 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

Aktiviti rentas negeri juga akan dibenarkan mulai 10 Jun kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, PKPD.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan ia ekoran Malaysia menunjukkan trend penurunan jumlah kes positif COVID-19.

Beliau turut ucapkan tahniah dan terima kasih kepada petugas barisan hadapan terutamanya petugas kesihatan.

Dalam tempoh PKPP ini, hampir semua aktiviti sosial, ekonomi, pendidikan, sukan, keagamaan dan sebagainya akan beroperasi semula secara berperingkat.

Tan Sri Muhyiddin turut ingatkan orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan biarpun dalam tempoh PKPP agar tidak berlaku semula penularan COVID-19.

Tambah beliau, untuk maklumat lanjut berhubung aktiviti yang dibenarkan dan juga tidak dibenarkan, orang ramai boleh merujuk laman web Majlis Keselamatan Negara

Oleh: Karami Kamel