PKPB Dilaksanakan Selama 4 Minggu Di Seluruh Semenanjung Kecuali Perlis, Pahang Dan Kelantan

pkpb dilaksanakan selama 4 minggu di seluruh semenanjung kecuali perlis, pahang dan kelantan

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh negeri Semenanjung Malaysia bermula 9 November hingga 6 Disember ini. Bagaimanapun, terdapat tiga negeri yang tidak akan dikenakan iaitu Perlis, Pahang dan Kelantan.

Perkara ini diumumkan oleh Menter Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian hari ini.

“KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) telah melaksanakan penilain risiko dan mendapati terdapat peningkatan bilangan kes COVID-19 dan kadar kebolehjangkitan di negeri-negeri tersebut.

“Pelaksanaan PKPNB ini bagi membolehkan KKM menjalankan saringan secara bersasar dan mengekang penularan COVID-19 dalam komuniti.

“PKPB dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia kecuali tiga negeri iaitu Perlis, Pahang dan Kelantan. Negeri-negeri lain semuanya dikenakan PKPB,” katanya dalam sidang media harian pada Sabtu.

Selain itu, beberapa tempat juga telah dilaksanakan PKPD. Antaranya Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al Yahyawiyah, Padang Rangas, Perak bermula 8 hingga 21 November ini.

 

 

Sumber: Astro Awani