PKPB Bukan Cuti Sekolah, Jangan Mengelat!

Hoorayy! cuti sekolah start awal!

Ehhhh, jangan nak seronok sangat! PKPB bukan cuti sekolah ye adik-adik, sesi pembelajaran masih diteruskan di rumah.

Manual Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah, PDPR sudah pun disediakan di portal Kementerian Pendidikan.

pkpb bukan cuti sekolah, jangan mengelat!

Dalam manual tu, ada macam-macam sumber dan cara untuk belajar di rumah antaranya DELIMa, atau ‘Digital Educational Learning Initiative Malaysia yang katanya boleh diakses secara online dan offline.

Untuk mereka yang ada masalah rangkaian internet, masih boleh belajar melalui buku teks dan pek pembelajaran yang disediakan oleh pihak sekolah.

Takde alasan untuk 'mengelat' ye adik-adik!

pkpb bukan cuti sekolah, jangan mengelat!

Ini semua untuk kepentingan diri sendiri, bayangkan kalau kita goyang kaki je kat rumah tak nak belajar, bila sekolah buka balik tahun depan, dah terpinga-pinga tak tau nak buat apa.

Jangan jadikan virus Covid-19 ni sebagai alasan untuk kita malas belajar. Ingat tu!

P/S: Duduk kat rumah pun kena patuh SOP tau! #kitajagakita

Oleh: Izzati Amir