PKP: Sarawak Benarkan Kedai Alat Tulis & Buku Dibuka Semula

Susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan, Sarawak menambah baik prosedur operasi standard (SOP) dengan membenarkan pembukaan semula bagi kedai buku dan alat tulis.

pkp: sarawak benarkan kedai alat tulis & buku dibuka semula

Bagaimanapun, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Jawatan Pengurusan Bencana Negeri (JPN), tempoh operasi kedai berkenaan adalah berdasarkan syarat yang ditetapkan pada sektor perkhidmatan, ekonomi, industri dan aktiviti-aktiviti lain yang dibenarkan sepanjang berlangsungnya PKP.

Sementara itu, waktu operasi premis yang menjual makanan ditetapkan antara 6 pagi hingga 10 malam.

Selain itu, individu atau kumpulan individu tidak dibenarkan berada di kawasan awam antara jam 12.01 pagi hingga 5 pagi tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Menerusi kenyataan yang sama juga, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan wujud lima kluster baru di negeri terbabit.

Ia termasuklah kluster komuniti dan tempat kerja sekali gus menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di negeri tersebut sebanyak 97 kluster.

 

Sumber: [1]