Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP, dilanjutkan selama dua minggu lagi.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidddin Yassin berkata, PKP yang sepatutnya berakhir 14 April, disambung sehingga 28 April.
Foto: Bernama
Jelas beliau, walaupun PKP ketika ini berjaya kurangkan kebolehjangkitan Covid, namun rakyat Malaysia perlu terus berjaga-jaga.
Jelasnya lagi, apabila PKP dihentikan kelak, rakyat Malaysia perlu biasakan diri dengan ‘a new normal’, di mana penjarakan sosial dan kebersihan diri perlu terus dipraktikkan.
Dalam pada itu, beberapa sektor ekonomi akan dibenarkan dibuka secara berperingkat, namun perlu mematuhi garis panduan ketat yang akan ditetapkan.
Pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.
PM juga menegaskan sesi persekolahan akan terus ditangguhkan, sehingga keadaan benar-benar pulih.
Dalam perkembangan berkaitan, kompaun seribu ringgit yang dikenakan kepada individu yang ingkar PKP, mungkin dinaikkan.
Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, ini susulan kompaun itu tidak berjaya turunkan jumlah individu yang ingkar PKP.
Semalam, lebih 600 individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan
Oleh: Syahdeen Tahir