
Siapa sangka kan, hanya bermula dengan merakam masakan dengan menggunakan telefon bimbit yang diletak pada sebuah gelas namun kini nama Pavithra menjadi sebutan di sana sini.
Bukan sekadar meraih popularity melalui saluran YouTube-nya, baru-baru ini, nama Pavithra menjadi trending di media sosial apabila gambarnya menjadi penghias muka depan sebuah majalah menjadi viral.
Perubahan wajah Pavithra apabila ditatarias membuatkan netizen berasa sangat teruja dengan kecantikan YouTuber itu.
Ketika pengambaran tersebut, Pavithra juga mengenakan beberapa pakaian yang dihasilkan oleh pereka terkenal negara seperti Wanpa, Datuk Bernard Chandran dan Rizman Ruzaini.
Solekan yang mendapat perhatian ramai itu pula adalah hasil tangan juru solek, Razzi Musa. Stylist yang bertanggungjawab mengindahkan lagi sesi fotografi itu pula ialah Zul Herizal.
Menurutnya, beliau tidak menyangka akan gambar disebalik tabir pengambaran itu akan mendapat pujian positif daripada orang ramai.
“Kami tak sangka pula perkongsian di sebalik tabir photoshoot di Instagram mendapat reaksi positif orang ramai. Majoriti memuji kecantikan Pavithra yang tampak natural dan fotogenik.
“Meskipun beliau bukan model, tetapi sejujurya kami tidak mengalami sebarang masalah kerana Pavithra bijak beraksi di depan kamera. Bahkan, berjaya mempamerkan pose seperti yang diingini,” katanya ketika dihubungi SinarPlus.
Menurut Sinar Plus juga, sesi fotografi itu diadakan di kediaman Pavithra sendiri iaitu di Sungai Siput, Perak.
Fun fact: Sugu merupakan nama suaminya. Jadi, Sugu Pavithra adalah gabungan nama suami-isteri tersebut.
Sumber: Sinar Plus