Nilai kadar kebolehjangkitan negara terus merekodkan trend penurunan ketara dengan 0.88 pada Selasa lalu berbanding dengan 0.90 pada Isnin.
Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Putrajaya dan Terengganu masing-masing mencatatkan kadar putar melebihi 1.00.
Ia diikuti Pahang, Perlis, Perak, Melaka, Kelantan, Sarawak dan Johor.
Dalam pada itu, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedar, Sabah dan Kuala Lumpur mencatatkan R-naught bawah purat kebangsaan.
Terdahulu, negara pernah mencatatkan kadar kebolehjangkitan terendah tahun ini dengan 0.81 pada Mac lalu.
Sementara itu, nilai tertinggi yang pernah dicatatkan adalah 1.21 sekitar Mei.
Sumber: [1]