Sempena kehadiran Ramadan pada tahun ini, jenama-jenama Melayu Astro Radio iaitu ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN bakal memeriahkan bulan yang mulia ini dengan berbagai-bagai pengisian menarik yang pastinya dapat memanfaatkan sekalian pendengar!
Berikut merupakan program menarik yang akan dijalankan di kesemua jenama terbabit bermula hari pertama Ramadan, 13 April 2021.
ERA
ERA menawarkan dua program iaitu ‘Dboyz Buka Puasa Norma Baru’ dan ‘Renungan Ramadan GoodDay ERA’ untuk para peminat:
Dboyz Buka Puasa Norma Baru: Peminat bertuah berpeluang untuk berbuka puasa dan beramah-mesra bersama Radin dan Danial secara maya. Peminat boleh menghantarkan penyertaan menerusi laman rasmi ERA: era.je
Renungan Ramadan Goodday ERA bersama DMFK: Radin akan bersama Dato’ Dr Mohamed Fadzillah Kamsah (DMFK) untuk memberikan motivasi dan berkongsi inspirasi kepada pendengar ERA di bulan ramadan ini menerusi Facebook Live ERA.
SINAR
SINAR menganjurkan program ‘Kongsi Rezeki SINAR’ dan ‘SINAR Belanja’ bersama para peminat di sepanjang Ramadan nanti:
Kongsi Rezeki SINAR: SINAR mempelawa semua peminat untuk menyumbang barangan keperluan harian untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan dengan kerjasama SINAR dan ‘The Lost Food Project’. Maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi laman rasmi SINAR: sinar.my
SINAR Belanja: Para peminat SINAR boleh ambil bahagian dalam ‘SINAR Belanja’ untuk peluang menang sebahagian pembiayaan bil barangan dapur berjumlah RM30,000 dengan kerjasama HoneyB Malaysia. Peminat boleh menyertai dengan menghantarkan penyertaan menerusi laman rasmi SINAR: sinar.my
GEGAR
GEGAR menampilkan pelbagai pengisian menarik dalam ‘Lughatul Arabiah GEGAR Pagi’ dan ‘Gerbang Ramadan GEGAR’ di bulan Ramadan nanti:
Lughatul Arabiah GEGAR Pagi: Para peminat boleh mempelajari Bahasa Arab dalam ‘Lughatul Arabiah GEGAR Pagi’ bersama Mek Zura dan Shah, bermula 9 pagi, setiap Ahad hingga Jumaat menerusi siaran udara.
Gerbang Ramadan GEGAR: Peminat juga boleh menambah ilmu dan pengetahuan dalam ‘Gerbang Ramadan GEGAR’ yang menghimpunkan perkongsian ceramah dan kisah tauladan oleh penceramah jemputan pada setiap hari menerusi media sosial Facebook dan Instagram GEGAR.
ZAYAN
ZAYAN menyediakan dua pengisian iaitu ‘ZAYAN Sedekah Ramadan’ dan ‘ZAYAN Terawih Tour’ untuk bersama peminat di sepanjang Ramadan ini:
ZAYAN Sedekah Ramadan: Peminat ZAYAN boleh bersedekah di bulan Ramadan dengan memberi sumbangan menerusi laman rasmi ZAYAN: zayan.my. Setiap nilai sedekah yang diterima akan disampaikan kepada jemaah masjid untuk berbuka puasa yang dilakukan dengan kerjasama masjid-masjid di sekitar Lembah Klang.
ZAYAN Terawih Tour: Para peminat ZAYAN boleh menikmati ‘ZAYAN Terawih Tour’ bersama personaliti ZAYAN yang membawa peminat untk menziarahi masjid di sekitar Lembah Klang dan menunaikan solat terawih bersama jemaah di masjid yang dikunjungi menerusi media sosial Facebook dan Instagram ZAYAN.