Sepanjang bulan Mac ini, semua peminat siri dan program Korea boleh menikmati tayangan perdana K-Drama dan program menarik Korea, ditayangkan di TV melalui tvN (Saluran 395 HD), ONE (Saluran 393 HD) dan K-Plus (Astro GO Saluran 396).
Para pelanggan juga boleh strim pada bila-bila masa menerusi Astro GO dan On Demand.
Antara K-Drama dan program Korea yang boleh dinikmati 24 jam selepas ia ditayangkan di Korea termasuklah:
- ‘Military Prosecutor Doberman’, siri undang-undang Korea, menampilkan Ahn Bo- hyun, Jo Bo-ah dan ramai lagi, pada 1 Mac, 9.15 malam di tvN (Saluran 395 HD).
- ‘A Superior Day’, drama jenayah Korea, dibintangi oleh Jin Goo, Ha Do-kwon and Lee Won-geun, pada 14 Mac, 9.15 malam di tvN (Saluran 395 HD).
- ‘Kill Heel’, drama siri Korea, menampilkan Kim Ha-neul, Lee Hye-young Kim Sung-ryung dan ramai lagi, pada 10 Mac, 9.15 malam di tvN (Saluran 395 HD).
Turut tidak ketinggalan, peminat K-Pop juga boleh berhibur dengan K-Drama dan program Korea menarik yang ditayangkan pada minggu sama dengan Korea, seperti:
- ‘When My Love Blooms’, drama romantik Korea, menampilkan K-idol popular Park Jin- Young (GOT7), Yoo Ji-Tae, Lee Bo-Young, dan Jeon So-Nee, pada 29 Mac, 9.15 malam di K-Plus (Astro GO Saluran 396).
- ‘The Sixth Sense 3’, program realiti Korea, dibintangi oleh Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jessi, Mi-joo, dan Lee Sang-yeob, pada 23 Mac, 10.30 malam di tvN (Saluran 395 HD).
- ‘Shooting Stars’, program permainan Korea, menampilkan Lee Soo Geun, Bae Seong Jae dan ramai lagi, pada 9 Mac, 11 malam di ONE (Saluran 393 HD).