Bersempena dengan cuti sekolah ini, pelanggan Astro boleh menikmati hiburan kanak-kanak popular bertemakan persahabatan, kerjasama, kerja berpasukan dan pendidikan, disediakan di TV menerusi TA-DAA! (Saluran 612), Cartoon Network (Saluran 615), Moonbug Kids (Saluran 618), Boomerang (Saluran 619), Nickelodeon (Saluran 616), Nick Jr. (Saluran 617) dan Ceria (Saluran 611).
Tidak ketinggalan, pelanggan juga boleh strim episod yang disediakan pada bila-bila masa di On Demand dan Astro GO.
Pelanggan dan seisi keluarga boleh menikmati siri kanak-kanak popular termasuk siri asal komedi keluarga, Take CTRL; siri adiwira Mechamoto; siri aksi dan komedi, Oddbods Summer Special; siri aksi dan pengembaraan Power Ranges Dino Fury, Dinocore; siri pengembaraan ajaib Polly Pocket; dan siri pengembaraan komedi, Love Diana.
Sebagai tambahan, pelanggan juga boleh menikmati lebih banyak siri kegemaran kanak-kanak seperti siri pengembaraan aksi Arpo, Batman, Ninja Express, Sonic The Hedgehog, Dragon Force, Inspector Gadget; program interaktif Talking Tom and Friends; dan siri menarik yang memaparkan semangat gadis muda seperti Trolls: The Beat Goes On, LoliRock, Dino Dana, Alisa, Piny; dan Sailor Moon Crystal.
Untuk maklumat lanjut, layari: content.astro.com.my/kids