Nia Ramadhani Dijatuhkan Hukuman Penjara Selama Setahun

Selebriti Indonesia, Nia Ramadhani dijatuhkan hukuman penjara selama setahun bersama suaminya dan pemandu, Zen Vivanto susulan kes melibatkan salah laku dadah.

nia ramadhani dijatuhkan hukuman penjara selama setahun

Hukuman tersebut diputuskan oleh barisan hakim yang diketuai Hakim Ketua Muhammad Damis di Pengadilan Negeri (PN) Jakarta Pusat.

“Hukuman yang patut dijatuhkan kepada para terdakwa adalah hukuman penjara kerana terdakwa Zen Vivanto, Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie telah terbukti secara sah dan meyakinkan melakukan kesalahan,” kata Muhammad Damis.

Sebaik mendengar keputusan hakim, Nia dilaporkan menunduk kepala dan menitiskan air mata sambil diperhatikan oleh suaminya, Ardi.

Selain Nia, ahli keluarga dan sahabat termasuk pengurus pelakon itu juga kelihatan berlinangan air mata.

Terdahulu, Nia, Ardi dan pemandunya telah diarahkan menjalani proses pemulihan di sebuah pusat RSKO Cibubur selama 12 bulan.

Mereka bagaimanapun hanya sempat menjalani pemulihan selama lima bulan di pusat pemulihan, Fan Campus, Cisarua, Jawa Barat.

Sebelum itu, pemandu peribadi pasangan tersebut ditahan polis selepas didapati memiliki dadah jenis syabu seberat 0.78 gram sekitar pertengahan 2021.

Penangkapan tersebut membawa kepada penahanan Nia yang pada ketika itu dipercayai sedang melakukan aktiviti melibatkan penggunaan syabu.

Ardi kemudiannya datang menyerah diri di balai polis pada hari sama.

 

Sumber: [1]