Ngeri...Akibat Angin Kencang, Lelaki Ini Diangkut Terbang Bersama Layang-Layang

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki terbang hingga ketinggian 9 meter akibat dibawa lari layang-layang.

ngeri...akibat angin kencang, lelaki ini diangkut terbang bersama layang-layang

Memetik laporan First Post, kejadian tersebut berlaku ketika lelaki yang dikenal pasti sebagai Nadarasa Manoharan itu cuba untuk menerbangkan layang-layang di Point Fedro, daerah Jaffna, Sri Lanka ketika angin sedang kencang.

Dia bagaimanapun kemudian dibawa terbang hingga ketinggian 30 kaki atau kira-kira 9.1 meter.

Ketika kejadian, lelaki terbabit dilihat cuba bertahan dengan berpegang pada tali yang diikat pada layang-layang tersebut.

Akhirnya, dia terpaksa melepaskan tali dan jatuh ke tanah yang mana dia segera didatangi rakan-rakannya untuk memeriksa keadaannya selepas terjatuh dari ketinggian membahayakan itu.

Jelas Manoharan kepada media tempatan, dia langsung tidak memandang ke bawah ketika terbang dan melepaskan tali tersebut apabila tangannya mula kebas.

 

Sumber: [1]