New Zealand Berjaya Menghapuskan Wabak COVID-19 – PM New Zealand

new zealand berjaya menghapuskan wabak covid-19 – pm new zealand

Jacinda Ardern, Perdana Menetri New Zealadn menyatakan negaranya telah berjaya menghentikan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan komunitinya. Beliau juga yakin bahawa negara itu telah berjaya menghapuskan wabak tersebut.

Keyakinan beliau adalah bersandarkan kepada status COVID-19 di negaranya apabila New Zealand hanya mencatatkan angka satu digit beberapa hari lalu. Namun, pihak pakar kesihatan di sana telah menasihati kerajaan agar tak ambil mudah dengan perkara itu

New Zealand antara negara yang telah melonggarkn sekatan sosial. Mereka telah pun memulakan dan membuka beberapa sector perniagaan yang bukan kritikal.

Bagaimanapun, semua penduduknya terus diminta untuk mengamalkan penjarakan sosial agar jangkitan tak kembali tular. Sebelum ini, New Zealand telah mencatatkan 1,5000 kes positif COVID-19 dengan 19 kematian.

Sumber: Astro Awani