Negara Paling Ramai Orang Tak Kunjung

Terdapat lebih kurang 195 negara di dunia dan setiap negara ingin meningkatkan taraf pelancongan memandang ia merupakan salah satu sumber pendapatan negara yang besar. 

negara paling ramai orang tak kunjung

Malaysia dikatakan bernasib baik kerana mempunyai tempat tempat yang cantik serta terlindung daripada bencana alam. Like certain country, kemasukan pelancong ke negara mereka memang tak yang ramai. Jom tengok negara mana yang menerima paling sikit kemasukan pelancong:


5. TIMOR LESTE
Kalau di asia merupakan negara yang paling sikit pelancong kunjungi. Negara ini mempunyai tanah dan banyak gunung serta berdepan dengan risiko bencana alam yang agak tinggi walaupun memiliki pantai dan batu karang yang cantik.

4. SAO TOME & PRINCIPLE
Negara Afrika kedua paling kurang menerima kemasukan pelancong kerana agak sukar untuk masuk ke negara tersebut. Terdiri daripada dua pulau yang berasingan dengan jarak 140 km. Bahasa rasmi adalah Bahasa Portugal. 


3. TUVALU
Merupakan sebuah pulau yang kecil. Tidak mempunyai kerajaan kerana mereka masih mengamalkan sistem pentadbiran berasaskan masyarakat. Lagipun kedudukannya agak jauh dan penerbangan ke sana pun jarang ada.


2. SOMALIA
Negara paling bahaya ekoran banyak pemberontakan di negara ini.Sebuah negara yang majoritinya terletak di kawasan gurun.


1. NAURU
Negara yang paling kurang menerima kunjungan pelancong. Kurang fasiliti sendiri menyebabkan tidak ramai yang berminat ke negara ini. Tidak banyak yang boleh dilakukan di sini. 

Oleh: Khalie Azmi