Negara Kini Lebih Bersedia Hadapi Lonjakan Kes Omicron

Malaysia dilihat lebih bersedia bagi menangani lonjakan kes COVID-19 varian Omicron selain berpengalaman dalam melindungi golongan rentan, menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

negara kini lebih bersedia hadapi lonjakan kes omicron

Menerusi tweetnya, Khairy berkata bahawa keadaan tidak sama seperti Jun hingga September tahun lalu kerana kini, negara lebih bersedia berikutan pelaksanaan vaksinasi bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Lebih sebulan lepas, saya berkata bahawa kita menjangkakan Omicron akan menjadi dominan di sini seperti yang berlaku di tempat-tempat lain dan apabila ia berlaku, kes akan meningkat. Itulah, sebabnya kita mempercepatkan program pemberian suntikan dos penggalak.

“Kini, kita dapat melihat ramalan peningkatan cepat kes. Bagaimanapun, tidak perlu panik. Terdapat petunjuk kukuh untuk penyahgadingan antara kesan yang teruk dengan jumlah kes,” katanya.

Lanjutnya, program vaksinasi untuk orang dewasa, remaja dan tidak lama lagi untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun berjalan lancar dengan penggunaan hospital masih terkawal.

“Sebab itulah, kita boleh memendekkan tempoh kuarantin, membenarkan orang ramai mengawal diri dan mengawal gangguan pada tahap minimum,” terangnya.

 

Sumber: [1]