Namakan Anak Sempena Nama Internet, Terus Dapat Internet Percuma Selama 18 Tahun

namakan anak sempena nama internet, terus dapat internet percuma selama 18 tahun

Sepasang suami isteri telah menamakan anak mereka bersempena dengan nama internet provider, Twifia. Hasilnya, anak ini telah menerima perkhidmatan internet percuma selama 18 tahun. Kiranya, budak ni dapat internet percuma sehingga lah beliau berusia 18 tahun.

Sebenarnya, si ayah terperasan akan satu iklan daripada sebuah syarikat start-up dari Switzerland. Syarikat tersebut membuat tawaran kepada ibu bapa yang baru menerima bayi dan menamakan anak mereka dengan nama syarikat tersebut akan mendapat perkhidmatan WiFi percuma selama 18 tahun.

Jika anak lelaki, mereka perlu menamakan Twifus dan jika perempuan namanya perlu menjadi Twifia. Peserta hanya perlu memuat naik sijil beranak dan selepas disahkan mereka boleh menikmati ganjaran tersebut.

Jadi, tertarik dengan iklan tersebut pasangan yang tidak didedahkan nama mereka ini telah menamakan anak perempuan mereka dengan Twifia.

Sumber: Times On News