Apa hotel yang paling mencabar yang korang pernah pergi? Pernah terbayang tak korang pergi hotel tergantung?
Yes, sekarang ni ada hotel yang dibina di lereng gunung dan diangkat sebagai hotel tergantung pertama di Asia.
Kalau korang inginkan kelainan boleh lah korang ke Padjajaran Anyar Skylodge. Hotel ni dibina di Gunung Parang, Puwakarta di mana ia terletak 2 jam dari Jakarta untuk sampai ke sini.
Hotel ni mula beroperasi pada Disember 2016. Ia dibina menggunakan aluminium dan terletak pada ketinggian 500 meter. Jadi, sesuai sangatlah kalau korang suka benda yang ektrem atau mahukan percutian yang lain daripada yang lain.
Untuk sampai ke hotel ni, korang perlu mendaki selama 2 jam dan korang perlu melalui curam-curam yang mencabar. Tapi berbaloi lah mendaki tu sebab bila korang bangun pagi je, korang akan dihidangkan dengan pemandngan yang menakjubkan!
Sumber: rilexlah
Oleh: Khalie Azmi