Semenjak PKPP boleh merentas negeri ni, ramai yang mula merancang untuk pergi bercuti. Pasti ramai orang yang mulakan perjalanan percutian mereka ke destinasi menarik setelah 3 bulan duduk dirumah dan berjaya mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
Namun gaya percutian yang bakal dilakukan pasti akan berubah dengan norma baharu seperti menjaga jarak social serta kebersihan diri dan persekitaran bagi mengelakkan risiko jangkitan. Seorang peramugari telah berkongsi tips ketika menginap di hotel.
- Tanggalkan kasut sebaik saja memasuki bilik hotel. Semburkan kasut dengan cecair pembasmi kuman.
- Sembur juga beg pakaian dengan penyembur kuman dan lap dengan tisu anti bakteria.
- Sembur dan bersihkan juga sekitar kawasan katil terutama ditepi meja.
- Bersihkan juga remote control televisyen.
- Semburkan di kawasan tandas terutama di sinki dan tab mandi.
- Jangan lupa untuk lap telefon bimbit dengan tissue anti bakteria dan akhirnya cuci tangan dengan bersih.
Harap, artikel ini dapat membantu anda semua untuk bercuti dengan selamat.
Oleh: Khaie Azmi
Sumber: Jagakebersihansemasabercuti