Nahas Tragedi Festival Astroworld Sehingga Menyebabkan 8 Maut, Travis Scott Berdepan Dengan Tindakan Saman

Penyanyi rap Travis Scott mengumumkan bahawa dia akan membiayai kos upacara pengebumian lapan mangsa yang meninggal dunia akibat rempuhan di Festival Astroworld pada Jumaat.

nahas tragedi festival astroworld sehingga menyebabkan 8 maut, travis scott berdepan dengan tindakan saman

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin lalu, artis kelahiran Houston itu berkata dia akan turut bekerjasama dengan BetterHelp untuk memberikan perkhidmatan kaunseling percuma kepada mereka yang terkesan dengan tragedi itu.

“Travis sering berhubung dengan pihak berkuasa Houston bagi memberikan segala bantuan yang diperlukan keluarga mangsa.

“Ini merupakan antara langkah pertama Travis akan lakukan bagi menghulurkan bantuan kepada mereka terkesan dengan tragedi ini,” tulis kenyataan tersebut.

Scott berdepan tindakan undang-undang susulan insiden yang berlaku ketika konsertnya berlangsung di Texas.

Dalam nahas itu, sekurang-kurangnya lapan maut akibat rempuhan ketika bersesak-sesak menonton persembahan Scott.

Salah seorang mangsa tercedera turut memfailkan saman yang mana dakwanya, Scott dan seorang lagi penyanyi yang turut membuat persembahan malam itu, iaitu Drake menggalakkan perlakuan ganas dalam kalangan penonton.

Mangsa dilaporkan menuntut ganti rugi sebanyak AS$1 juta (RM4,152,000).

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan Scott dan Drake berkenaan saman tersebut setakat ini.

Festival Astroworld yang sepatutnya berlangsung pada malam Jumaat dan Sabtu itu dibatalkan yang mana pihak penganjur dilaporkan mengembalikan semula wang kepada semua yang telah membeli tiket.

 

Sumber: [1]