Nahas Ibu Dan Anak Terjatuh Ke Dalam Sungai Ketika Rentas Jambatan Licin Dengan Motor

Sepasang penunggang motosikal iaitu ibu dan anak mengalami trauma apabila mereka terjatuh ke dalam derasan sungai dari jambatan gantung apabila cuba merentasinya.

nahas ibu dan anak terjatuh ke dalam sungai ketika rentas jambatan licin dengan motor

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Desa Ciladaeun, Kabupaten Lebakgedong, Kabupaten Lebak.

Difahamkan bahawa ia merupakan jambatan sementara yang digunakan bagi menggantikan jambatan kekal yang kini sedang dalam pembinaan sejak bencana banjir besar melanda di kawasan tersebut pada 2020.

Ketua kampung Ciladaeun, Yayat mengatakan penunggang motosikal yang terbabas itu bernama Cucum dan anaknya Yosep dari Bogor.

Jalan masuk ke Lebakgedong itu merupakan wilayah yang bersempadan dengan Bodor.

Mujur kedua-dua penunggang itu selamat dari insiden tersebut walaupun terjatuh dari jambatan yang tingginya 10 meter.

“Jadi ceritanya mereka ingin melintas, kebetulan hujan, papan pula tu. Jambatan kekal sedang dibina, secara automatik licin, namanya jambatan gantung, goyang, walaupun sudah diberitahu,” kata Yayat kepada AFP.

Mangsa yang terjatuh, tambahnya, segera dikejarkan ke pusat kesihatan. Mereka mengalami kecederaan ringan dan menjalani rawatan.

“Ibunya mengalami bengkak kaki, jadi dia diperiksa. Yang jatuh tadi berdua,” katanya lagi.

Lanjut Yayat, kampung tersebut telah meminta pekerja projek Jambatan Ciberang untuk membina jambatan sementara.

Ini kerana jambatan yang sebelumnya dibina oleh pertolongan diri penduduk telah dihanyutkan arus.

Difahamkan bahawa Sungai Ciberang adalah sungai besar di kawasan sempadan antara Lebak dan Bogor.

Sungai tersebut juga mempunyai Jambatan Muhara yang rosak akibat tanah runtuh.

Jambatan kekal di kawasan itu dijangka siap pada akhir Disember 2021.

 

Sumber: [1]