Naeun Apink Kini Dalam Perbincangan Sertai YG Entertainment

Anggota kumpulan Apink, Son Naeun dilaporkan telah meninggalkan agensi lama iaitu Play M Entertainment dan kini sedang dalam proses perbincangan untuk menyertai label baru.

naeun apink kini dalam perbincangan sertai yg entertainment

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan Play M pada 29 April, Naeun memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya bersama agensi tersebut untuk ‘mengejar impian barunya’.

Sementara itu, lima anggota Apink lain iaitu Park Chorong, Yoon Bomi, Jung Eun Ji, Kim Namjoo dan Oh Hayoung kekal berada bersama agensi sama.

Biarpun begitu, Play M mengesahkan bahawa keenam-enam anggota kumpulan Apink akan tetap kekal sebagai satu kumpulan dan mereka akan ‘terus mempromosikan sebagai satu pasukan, bersama-sama dan secara berasingan’.

Tambah Play M, Apink juga kini sedang menyiapakan album sempena meraikan ulang tahun 10 tahun mereka.

Dalam pada itu, media tempatan di Korea Selatan mengeluarkan laporan bahawa Naeun kini sedang dalam perbincangan untuk menandatangani kontrak eksklusif bersama YG Entertainment.

 

Sumber: [1]