Dunia mula berhadapan dengan pemanasan global seawal kurun ke 19 dan tahun 2020 mungkin akan menjadi sejarah tahun paling panas dalam sejarah.
Ini bukan berita yang baik buat kita semua kerana kenaikan haba yang mendadak boleh menyebabkan masalah yang lebih buruk untuk dunia kita. Bulan Mei 2020 menyaksikan kenaikkan suhu sebanyak 1.5 darjah celcius dan ini merupakan peningkatan yang tinggi berbanding jumlah average yang pernah dicatatkan semenjak tahun 1880.
Selain itu, NASA dan National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) menyatakan bahawa bulan Februari hingga April 2020 merupakan yang kedua paling panas pernah direkodkan.
Benda ni sangatlah membimbangkan dan kita kena bertindak sekarang!
Sumber: WeForum.org