Murah Hatinya Budak Lelaki Ini Jual Lukisan Untuk Derma Kepada Tabung COVID-19

murah hatinya budak lelaki ini apabila jual lukisan untuk derma kepada tabung covid-19

Seorang kanak-kanak lelaki dari Mumbai, India membuktikan bahawa mempunyai hati yang baik dan berperikemanusiaan boleh ada pada sesiapa sahaja.

Kavir Mody, telah melakukan inisiatif sendiri dengan menjual 24 lukisan abstraknya bagi membantu NGO, Shrimad Rajchandra Love and Care (SRLC) yang melawan COVID-19.

Berdasarkan laporan Times of India, Kavir berjaya memperoleh 54,000 rupee (RM3,060) dengan hasil jualan lukisannya, Kavir merupakan anak tunggal kepada seorang ahli perniagaan. Beliau sememangnya mempunyai bakat semulajadi kerana beliau tidak pernah menghadiri mana-mana kelas lukisan.

Menurut ibunya, anak lelakinya itu menghasilkan lukisan-lukisan tersebut dalam masa tiga bulan. Mereka menjual hasil lukisan tersebut melalui laman sosial.

"Pada mulanya kami menjual lukisan-lukisan itu pada harga 6,000 rupee (RM340) sebelum kami menerima panggilan daripada ahli perniagaan dan beberapa individu dari dalam dan luar negara yang berminat untuk membeli hasil lukisannya," katanya.

Sumber: Sinar Harian