Muka Gadis Remaja Bertukar Jadi Bengkak Selepas Warnakan Rambut Sendiri

Seorang remaja tidak semena-mena terpaksa dimasukkan ke hospital selepas mewarnakan rambutnya sendiri di rumah hingga mukanya bertukar menjadi bengkak.

muka gadis remaja bertukar jadi bengkak selepas warnakan rambut sendiri

Menerusi akaun TikTok miliknya, iaitu @/ser.gaya, remaja tersebut berkongsi mengenai pengalaman mengerikannya itu yang mana dia mewarnakan separuh rambutnya dengan warna hitam.

Remaja berusia 19 tahun itu juga mengaku yang dia mempunyai banyak pengalaman mewarnakan rambutnya sendiri, yang mana sejak 13 tahun lalu, dia telah melakukannya dengan sendiri dan masalah kerengsaan setelah mewarnakan rambut bukanlah sesuatu yang asing lagi baginya.

Tetapi kali ini, dia menyifatkan kegusaran yang dialaminya itu adalah yang paling teruk.

Selepas mewarnakan rambutnya, dia tidur dan keesokan paginya, dia terkejut dengan penampilannya.

Bahagian kiri kepala dan mukanya membengkak sekaligus menjadikan penampilan dahinya kelebihan lebih menonjol.

“Muka dan mata saya semakin membesar setiap minit,” kata @/ser.gaya, dipetik dari BuzzFeed.

Doktor yang merawatnya mengatakan bahawa dia tidak pernah melihat kejadian seumpama itu berlaku sebelum ini.

Remaja itu juga berkata bahawa dia mengalami kebas dan melecur di mukanya.

Selain diberi krim untuk merawat bengkak pada mukanya, pihak doktor turut mendapati simptom yang semakin teruk dan memberikannya steroid.

Menurut cerita remaja itu, ia mengambil masa kira-kira lima hari untuk menghilangkan bengkak pada mukanya itu sepenuhnya.

Harus diingatkan kepada korang di luar sana yang ingin mewarnakan rambut sendiri di rumah, ujian tampalan (meletakkan krim warna di belakang telinga selama beberapa jam) merupakan sesuatu yang sangat penting.

Langkah itu bukan sahaja untuk memeriksa sekiranya ia baik pada rambut, tetapi ia juga boleh mendedahkan alahan kulit yang berpotensi bahaya.

 

Sumber: [1]