Mourinho Raih Kemenangan Ke-200 EPL!

mourinho raih kemenangan ke-200 epl!

Jose Mourinho catat kemenangan ke 200 di Liga Perdana Inggeris.

Rekod itu diraih selepas anak buahnya, Tottenham kalahkan Everton 1-0 pagi tadi.

'The Special One' itu muncul pengurus kedua terpantas meraih 200 kemenangan selepas harungi 326 perlawanan di belakang legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson yang mencapai jumlah kemenangan yang sama dalam 322 perlawanan.

Korang jangan keliru pulak. Rekod ini hanya untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris je tau. Tak termasuk kejohanan lain.

Mourinho nyata gembira dengan rekod itu dan berpendapat dia bernasib baik kerana mengendalikan kelab-kelab besar di England.

Pengendali Tottenham itu sebelum ini meraih 140 kemenangan dengan Chelsea, 50 dengan Manchester United dan 10 lagi bersama pasukannya kini.

Rekod Mourinho dalam saingan mana-mana liga memang hebat. Memulakan karier pengurusnya di Portugal, Mourinho catat 77 kemenangan daripada 112 perlawanan. Dia kendalikan 3 kelab dari September 2000 hingga Jun 2004 iaitu Benfica, Leiria dan FC Porto.

 

mourinho raih kemenangan ke-200 epl!

Ketika Mourinho menguruskan Inter Milan dari 2008 hingga 2010 pula, Inter catat 49 kemenangan daripada 76 perlawanan.

Pencapaian terbaik Mourinho adalah ketika membimbing Real Madrid. Dalam 114 perlawanan La Liga, Real menang sebanyak 87 perlawanan! Peratus kemenangan Mouringo tertinggi iaitu 76 peratus!

mourinho raih kemenangan ke-200 epl!

Maka tak salah lah dia melabel diri sendiri sebagai 'The Special One'. Kan?

Oleh : Karami Kamel