MotoGP Musim Ini Paling Sengit

Danilo Petrucci muncul juara GP Perancis baru-baru ini.

Pelumba Ducati itu mengalahkan Alex Marquez daripada pasukan Honda di kedudukan ke-2 manakala pelumba Red Bull KTM, Pol Espargaro ke-3.

Tapi bukan itu yang nak diceritakan.

Tahukah korang bahawa Petrucci ni merupakan pelumba ke-7 yang muncul juara dalam 9 perlumbaan musim ini?

Haa, ini maknanya saingan merebut kejuaraan dunia MotoGP memang terbuka luas!

Tak dinafikan, salah satu sebabnya ialah juara MotoGP 6 kali, Marc Marquez alami kecederaan selepas terbabit kemalangan pada GP Sepanyol yang merupakan perlumbaan pembuka tirai musim ini.

Musim ini, hanya seorang sahaja yang menjuarai lebih daripada 1 perlumbaan iaitu Fabio Quartararo daripada pasukan Petronas Yamaha SRT.

motogp musim ini paling sengit

Quartararo menjuarai 2 perlumbaan awal pada GP Sepanyol dan GP Andalusia sebelum muncul juara GP Catalan pada hujung September.

Tak pelik la kan Quartararo ni mendahului senarai kejuaraan pelumba dengan 115 mata.

 

motogp musim ini paling sengit

Pencabar terdekatnya ialah Joan Mir daripada pasukan Suzuki, yang belum pernah menjuarai sebarang perlumbaan musim ini tetapi berjaya duduki kedudukan podium paling banyak.

Andrea Dovizioso di pula di kedudukan ke-3 dengan 97 mata, manakala Maverick Vinales berada satu mata di belakang Dovizioso.

motogp musim ini paling sengit

Berbaki 5 lagi perlumbaan, masih belum ada bayangan siapa yang bakal menjuarai musim ini.

Korang nak siapa menang? Atau siapa yang layak menang korang rasa?

Oleh : Karami Kamel