MotoGP: Dovizioso Cuti Setahun

motogp: dovizioso cuti setahun

Andrea Dovizioso buat pengumuman mengejut.

Pelumba itu yang bakal tinggalkan pasukan Ducati pada hujung musim ini buat keputusan untuk berehat selama setahun daripada saingan MotoGP musim depan.

Dovizioso memaklumkan perkara tersebut menerusi akaun Instagramnya.

Ini bermaksud kariernya selama 13 tahun dalam saingan perdana MotoGP akan terhenti seketika.

Sebelum ini Dovizioso dikaitkan dengan tawaran sebagai ‘test rider’ dalam beberapa projek pembangunan MotoGP.

Namun, pelumba Itali itu akui masih bersemangat tinggi untuk terus berlumba dan akan ‘bercuti’ selama setahun musim depan.

Bagaimanapun, Dovizioso tekad akan kembali beraksi dalam saingan MotoGP seawal musim 2022 apabila berjaya menemui pasukan yang mempunyai impian yang sama dengannya.

Dovizioso merupakan naib juara dunia MotoGP untuk 3 tahun berturut-turut pada 2017 sehingga 2019 yang menyaksikan dia tewas kepada Marc Marquez.

Sejak 2008, Dovizioso telah sertai sebanyak 227 perlumbaan dan menjuarai 15 daripadanya.

Peminat MotoGP turut menggunakan #GrazieDovie di media sosial sebagai ucapan terima kasih kepada pelumba itu ekoran sumbangannya kepada sukan tersebut.

Oleh : Karami Kamel