Moratorium: Tiada Caj Tambahan Atas Installment Loan Kereta

moratorium: tiada caj tambahan atas installment loan kereta

Baru-baru ini telah berlaku “krisis komunikasi” dari Bank Negara Malaysia menerusi pengumuman terbaru moratorium khusus terhadap loan kereta. Kini isu tersebut selesai, selepas Menteri Kewangan pula “buka mulut”.

moratorium: tiada caj tambahan atas installment loan kereta

Menerusi pengumuman terkini Menteri Kewangan, ia merupakan saranan kerajaan kepada industri perbankan untuk melupuskan caj tambahan ke atas ansuran bagi pinjaman sewa beli (konvensional & syariah). Persetujuan terhadap perkara ini telah dicapai, orang ramai khususnya yang masih lagi ada loan kereta, mereka tidak perlu risau tentang caj tambahan atas ke atas installment loan mereka.

moratorium: tiada caj tambahan atas installment loan kereta

Kerana selepas tamat moratorium ini, peminjam tetap perlu membuat pembayaran seperti biasa. Dalam pada itu, jadual pembiayaaan mereka akan ditambah kepada 6 bulan jika mereka memilih untuk memanfaatkan moratorium tersebut.

Maklumat lanjut mengenai perkara ini orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi bank masing-masing.

Oleh: Abdul Rahman