Momoland Pecah Rekod Kumpulan Gadis K-Pop Ketiga Raih Setengah Bilion Tontonan Di YouTube

Kumpulan gadis K-Pop, MOMOLAND mencipta rekod terbaharu menerusi pencapaian tontonan sebanyak 500 juta kali untuk video muzik mereka di YouTube.

momoland pecah rekod kumpulan gadis k-pop ketiga raih setengah bilion tontonan di youtube

Pada 12 April lalu sekitar jam 6:13 pagi KST, video muzik untuk lagu hit mereka, “BBoom BBoom” melepasi 500 juta tontonan di YouTube sekali gus menjadikannya video muzik pertama milik mereka yang berjaya mencapai tonggak sejarah baharu.

Dikeluarkan pada 3 Januari 2018 jam 6 petang KST, “BBoom BBoom” mengambil masa lebih dari tiga tahun, tiga bulan dan lapan hari untuk memecah rekod tersebut.

Pencapaian tersebut juga menjadikan MOMOLAND sebagai satu-satunya kumpulan gadis K-Pop yang berjaya mencapai 500 juta tontonan untuk video muzik mereka di YouTube, didahului BLACKPINK dan TWICE.

Tahniah kepada MOMOLAND!

Tonton video muzik “BBoom BBoom” di bawah:

 

Sumber: [1]