Momo TWICE dan Heechul Super Junior Didedahkan Putus Cinta

Pasangan selebriti K-Pop popular, Momo TWICE dan Heechul Super Junior dilaporkan telah memutuskan hubungan mereka setelah 20 bulan bercinta.

momo twice dan heechul super junior didedahkan putus cinta

Menerusi satu laporan eksklusif yang dikeluarkan awal hari ini, terdapat sumber yang mengatakan, “Dari pemahaman saya, Momo dan Heechul telah memutuskan hubungan mereka.

“Kedua-duanya begitu sibuk dengan jadual masing-masing hingga menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berpisah. Mereka telah memutuskan untuk menamatkan hubungan tersebut dan kembali menjadi rakan sekerja dalam industri,” jelas sumber yang tidak didedahkan identitinya itu.

Berita tersebut kemudian disahkan syarikat pengurusan Heechul iaitu Label SJ.

Terang label terbabit menerusi satu kenyataan, “Setelah meneliti laporan itu, memang benar bahawa Heechul dan Momo telah memutuskan hubungan mereka.

“Mohon kefahaman orang ramai bahawa sukar untuk kami mengatakan lebih banyak berkenaan hal ini kerana ia melibatkan masalah peribadi artis,” kata label itu.

Tahun lalu, pasangan tersebut pertama kali tampil mendedahkan hubungan mereka kepada umum pada 1 Januari 2020 setelah timbul banyak khabar angin berkenaan hubungan romantis mereka sejak Ogos 2019.

 

Sumber: [1]