Demi membantu penduduk yang terkesan berikutan situasi pandemik COVID-19 yang semakin merosot, negara Thailand baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah meluluskan penurunan bil utiliti kediaman selama dua bulan.
Pengurangan bil air dan elektrik selama dua bulan itu bakal bermula pada Mei dan Jun, bertujuan untuk memberikan kelegaan dan mendorong penduduknya agar tinggal di rumah, seperti mana yang dijelaskan oleh jurucakap kerajaan Thailand, Ratchada Thanadirek.
Dari segi elektrik, isi rumah yang menggunakan elektrik bawah 90 unit tidak perlu membayar apa-apa. Mereka yang menggunakan 90 hingga 150 unit pula akan kehilangan 90 unit pertama dan mesti membayar selebihnya.
Sementara itu, buat pengguna yang menggunakan antara 150 hingga 500 unit pula hanya perlu membayar jumlah yang sama dengan bil April mereka, manakala mereka yang menggunakan 500 unit hingga 1000 unit akan membayar jumlah yang sama dengan bil April mereka berserta potongan sebanyak 50% untuk unit tambahan yang digunakan.
Untuk bil air pula, isi rumah akan menerima penurunan kadar air paip sebanyak 10% pada bil Mei dan Jun mereka.
Langkah yang sama berkenaan pengurangan kadar utiliti turut berlaku pada tahun lalu juga, yang mana ketika negara tersebut dilanda wabak gelombang pertama berikutan aduan orang ramai membanjiri media sosial mengenai bil elektrik yang melambung naik.
Sebagai tindak balas terhadap kesemua tersebut, Kementerian Tenaga Thailand menyokong penurunan kadar utiliti mulai Mac 2020 hingga Mei 2020.
Sumber: [1]