Miss Universe 2021 Bakal Diadakan Di Israel, Indonesia Antara Negara Yang Tarik Diri Selain Malaysia

Pusingan akhir Miss Universe 2021 akan diadakan di Israel pada 12 Disember 2021.

miss universe 2021 bakal diadakan di israel, indonesia antara negara yang tarik diri selain malaysia

Bagaimanapun, negara jiran iaitu Indonesia telah memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Keputusan tersebut disampaikan oleh Yayasan Puteri Indonesia selaku pemegang lesen Puteri Indonesia yang mana pada setiap tahun ia akan menghantar wakil dari negara tersebut yang merupakan pemenang Puteri Indonesia menyertai acara terbabit.

Antara sebab yang diberikan mereka termasuklah persiapan yang terlalu singkat untuk menghantar wakil ke pertandingan itu selain pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir.

Sebelum ini, Malaysia juga menarik diri daripada menyertai Miss Universe 2021 yang mana menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Miss Universe Malaysia, mereka mendedahkan bahawa tiada wakil yang akan dihantar untuk menyertai pertandingan itu kerana situasi pandemik.

Selain itu, pihak penganjur Miss Universe Barbados turut menyampaikan perkara yang sama iaitu tidak akan menyertai Miss Universe 2021 yang diadakan di Israel susulan penularan virus COVID-19 yang semakin meninggi.

“Kami tidak akan mempunyai delegasi di Miss Universe, Disember ini,” kata kenyataan rasmi Miss Universe Barbados yang dikeluarkan di akaun Instagram pada September 2021 lalu.

Sebagai tambahan, negara lain yang tidak akan menyertai Miss Universe 2021 di Israel termasuk Belize, Rusia dan Uruguay.

Ketiga-tiga negara itu turut menjadikan pandemik COVID-19 sebagai alasan tidak dapat menyertai Miss Universe 2021, yang kini memasuki tahun ke-70 pelaksanaannya.

 

Sumber: [1]