Misi Mencari Jodoh, Lelaki Sanggup Pasang Iklan Gergasi Di Tepi Lebuh Raya

Setiap manusia pasti punya cara yang tersendiri dalam misi mencari pasangan hidup.

misi mencari jodoh, lelaki sanggup pasang iklan gergasi di tepi lebuh raya

Sama seperti seorang lelaki berusia 66 tahun dari Texas, Amerika Syarikat yang mana dia menemui cara unik untuk mengiklankan niat baiknya mencari jodoh.

Jim Bays, begitu berazam untuk mencari cinta sejatinya melalui iklan papan iklan gergasi di tepi lebuh raya Texas.

“Mencari wanita yang baik. 50-55. Untuk berbual dan berjalan serta berbuat kebaikan bersama,” tulis papan iklan tersebut.

Mungkin terdapat segelintir orang yang mempersoalkan keputusannya berbuat sedemikian, namun bapa kepada lima orang ini sengaja mengambil pendekatan sebegitu demi mencari pasangan hidup sejati.

Jim dikatakan pernah berkahwin dengan dua wanita tetapi semuanya berakhir dengan perceraian.

Selain sibuk bekerja, dia juga menjaga lima orang anaknya hasil perkahwinan terdahulu.

Dia mengaku bahawa dia benar-benar ingin mencari kekasih sejati justeru membuatkan dia sanggup mengambil pelbagai cara dan antaranya termasuklah dengan menggunakan aplikasi dating.

Namun, selepas berpindah ke Texas pada Jun lalu untuk membuka buku baru, Jim memberanikan diri untuk mengeluarkan ‘duit lebih’ bagi merealisasikan hasratnya untuk memasang papan iklan gergasinya itu.

Siapa sangka, seperti iklan pekerjaan, papan iklan gergasi yang dipamerkan Jim itu berjaya mendapat sambutan yang baik yang mana dia dilaporkan telah menerima berpuluh-puluh panggilan daripada wanita yang berminat.

Dan ternyata, kisah tersebut mempunyai pengakhiran yang menggembirakan pencarian tersebut membuahkan hasil kerana Jim akhirnya berjaya menemui cinta sejatinya.

Jim kini telah menemui pasangan yang ingin menemaninya sehingga ke akhir hayat yang mana mereka kerap kali melakukan aktiviti bersama selain melakukan kerja amal berdua.

 

Sumber: [1]