Michael Jordan Buka Klinik Kedua, Bantu Orang Susah Dan Juga Tiada Pelan Perlindungan

michael jordan buka klinik kedua, bantu orang susah dan juga tiada pelan perlindungan

Bintang bola keranjang terkenal dunia telah membuktikan bahawa kemanusiaan itu masih wujud. Beliau telah mendermakan $7 Juta untuk dua buah kliniknya.

Kedua-dua klinik tersebut dikhaskan kepada mereka yang kurang berkemampuan dan tidak mempunyai pelan perlindungan. Sebelum ini Jordan telah membuka sebuah klnik di barat Charlotte. Klinik tersebut mendapat sambutan daripada orang ramai.

Disebabkan oleh itu, dia telah membuka satu lagi klinik. Menurutnya, klinik kedua ini akan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang lebih kritikal.

“Waktu kita buka klinik pertama pada musim luruh lepas, tiada siapa pun menjangkakan akan berlaku pandemik lima bulan selepas itu.” Kata Jordan sewaktu majlis pelancaran yang diadakan secara atas talian.

Jordan turut berbangga kerana kliniknya memberi impak positif kepada komuniti terutama sekali ketika penularan COVID-19.

Klinik keduanya ini berkeluasan 6,800 kaki persegi. Dalam klinik tu ada 12 bilik rawatan, sebuah bilik X-ray dan ruang untuk terapi fizikal. Wow!

Sumber: Daily Mail