Messi Nyata Hasrat Teringin Kembali Bersama Barcelona

Pemain bola sepak Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi menyatakan hasratnya untuk kembali bersama Barcelona dengan memainkan peranan di luar padang di bahagian teknikal kelab itu selepas persaraannya dalam dunia bola sepak.

messi nyata hasrat teringin kembali bersama barcelona

“Ya, saya selalu berkata bahawa saya ingin kembali untuk membantu kelab dalam apa cara sekalipun,” katanya.

“Saya mahu menjadi seorang yang berguna supaya kelab dapat diuruskan dengan baik. Saya ingin menjadi setiausaha teknikal tetapi saya tidak tahu sama ada jawatan itu akan diwujudkan di Barcelona.

“Saya ingin kembali menyumbang dengan kemampuan yang saya ada kerana saya sayangkan Barcelona dan saya mahu mereka terus bermain dengan baik, berkembang dan menjadi antara yang terbaik di dunia.”

Terdahulu, Messi menghabiskan karier bola sepaknya selama dua dekad bersama Barcelona.

Sepanjang penglibatannya bersama kelab terbabit, Messi diangkat sebagai penjaring selain pemain dengan penampilan terbanyak kelab sebelum akhirnya menyertai PSG menjelang musim 2021-22 selepas gergasi LaLiga itu berhadapan dengan krisis kewangan.

 

Sumber: [1]