Messi Kini Sebaris Giggs!

messi kini sebaris giggs!

Barcelona mulakan kempen Liga Juara-Juara musim ini dengan kemenangan 5-1 ke atas kelab Hungary, Ferencvaros.

Walaupun terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain, Barca tetap berjaya mengutip 3 mata penuh.

Gerard Pique dilayangkan kad merah 20 minit sebelum tamat perlawanan kerana mengasari pemain lawan dalam kotak penalti.

Kelab Hungary itu berjaya sempurnakan sepakan penalti tersebut tapi Barca menjaringkan 2 lagi gol selepas itu.

Tapi ni bukan nak cerita pasal Pique. Kalau dah Barcelona ni selalunya cerita pasal Messi la kan?

messi kini sebaris giggs!

Ok, untuk pengetahuan korang Lionel Messi menjaringkan 1 gol pagi tadi menerusi sepakan penalti iaitu gol pertama Barca.

Apa signifikannya gol ni?

Haa, gol Messi pagi tadi tu membolehkan dia menyamai rekod yang dipegang oleh legenda Manchester United, Ryan Giggs!

Sebelum ni, Giggs merupakan satu-satunya pemain yang berjaya menjaringkan sekurang-kurangnya 1 gol dalam saingan Liga Juara-Juara untuk 16 musim berturut-turut!

messi kini sebaris giggs!

Sekarang ni ada dua lah, termasuk Messi. Messi ni semua rekod dia nak pecahkan. Fuuhh!

Kita semua tahu yang Messi bersungguh nak tinggalkan Barca kan sebelum musim ini bermula.

Kalau Messi berminat untuk pecahkan rekod Giggs dan jadi pemain pertama menjaringkan gol dalam 17 musim berturut-turut, dia mungkin kena cari pasukan yang akan layak ke Liga Juara-Juara la musim depan.

Rasa-rasanya betul ke Messi ni nak tinggalkan Barca? Atau hanya sekadar wayang?

Oleh : Karami Kamel