Meriah Sambutan Ramadan Di Mesir

Genap tahun kedua umat Islam di seluruh dunia menyambut bulan Ramadan dalam pandemik COVID-19.

meriah sambutan ramadan di mesir

Biarpun dijangka sambutan awal Ramadan kali ini sederhana, namun lain pula situasi di Kaherah, Mesir yang mana situasinya meriah dan sesak.

Suasana pasar di bandar tersebut terlihat dipenuhi kelibat orang ramai yang ingin melakukan persiapan sebelum tibanya bulan yang dinanti-nantikan itu pada tahun ini.

Bagi mereka, jumlah jangkitan yang lebih terkawal memungkinkan mereka untuk keluar rumah atas tujuan melengkapkan keperluan menjelang Ramadan yang dijangka tiba pada Selasa atau Rabu ini.

Setakat ini, Mesir yang mempunyai populasi lebih 100 juta penduduk telah merekodkan sebanyak 209, 677 kes COVID-19 dengan jumlah kematian sebanyak 12, 405 kes.

 

Sumber: [1]