Kajian mendapati mereka yang tidak divaksinasi memiliki kecenderungan 11 kali terhadap risiko kematian COVID-19 berbanding dengan mereka yang divaksinasi sepenuhnya.
Ia berikutan inokulasi yang terus memberikan perlindungan kuat termasuk terhadap varian delta.
Menerusi kajian terbaru oleh Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit, mereka yang divaksinasi dikatakan hampir lima kali lebih kecil kemungkinannya untuk dijangkiti dan 10 kali lebih lebih kecil kemungkinannya untuk jatuh sakit sehingga menyebabkan terpaksa ke hospital.
“Melihat kes-kes COVID-19, kemasukan ke hospital dan kematian di 13 negeri dan ia menawarkan bukti lebih lanjut mengenai kekuatan vaksinasi,” kata Dr. Rochelle Walensky yang merupakan Pengarah Pusat Pengedalian dan Pencegahan Penyakit.
“Seperti yang telah kita tunjukkan, kajian selepas kajian, vaksinasi berfungsi,” tambahnya.
Walaubagaimanapun, kajian yang menganalisis data daripada 600,000 penduduk Amerika antara 4 April hingga 17 Julai menunjukkan bahawa keberkesanan vaksin mungkin menurun ketika varian delta menjadi dominan.
Satu lagi kajian yang meneliti data dari sembilan negeri di Amerika Syarikat dari Jun hingga Ogos menunjukkan bahawa vaksin Moderna mungkin paling berkesan antara ketiga-tiga vaksin yang digunakan di negara tersebut.
Hasil penyelidikan mendapati bahawa untuk semua peringkat umur, keberkesanan vaksin ‘jauh lebih tinggi’ dalam kalangan penerima vaksin Moderna, iaitu pada 95 peratus, berbanding dengan penerima vaksin Pfizer atau Johnson & Johnson, dengan keberkesanan vaksin masing-masing 80 peratus dan 60 peratus.
Sumber: [1]