Mengasyikkan, Lelaki Rakam Momen Sekumpulan Rusa Berenang Di Sungai

Baru-baru ini, sebuah video yang merakamkan momen seekor rusa berenang di dalam air di Sungai Florida, Amerika Syarikat kembali tular di platform media sosial.

mengasyikkan, lelaki rakam momen sekumpulan rusa berenang di sungai

Video yang disiarkan pada 7 Ogos 2020 menerusi saluran YouTube itu sekali lagi menarik perhatian ramai.

Ia dirakam oleh seorang lelaki bernama Weeki Wachee yang berkayak berhampiran sungai tersebut.

Menurut keterangan video itu, tercoret, “Florida Springs adalah permata yang harus dilindungi dan disayangi.”

Difahamkan bahawa rusa tersebut merupakan yang utama di Florida dan subspesies dari rusa berekor putih serta terkecil dalam kalangan seumpamanya.

Dalam video itu, dapat, dapat disaksikan sekumpulan rusa yang memasuki sungai dan berenang dengan seronoknya sebelum mereka bergerak keluar setelah mengesan kehadiran seseorang.

Dalam ketakutan, mereka mula berundur dari sungai dengan tergesa-gesa sambil memercikkan air.

Bagaimanapun, video tersebut yang berlatar belakangkan alam semula jadi berserta kelibat sekumpulan rusa yang berenang dengan gembiranya sememangnya sesuatu yang kelihatan begitu menenangkan untuk ditonton.

 

Sumber: [1]