Mencuit Hati, John Cena Cakap Bahasa Melayu Dengan Sofyank!

Nama Mohamad Sofian yang popular disapa Sofyank sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan beberapa bintang besar di Hollywood.

mencuit hati, john cena cakap bahasa melayu dengan sofyank!

Manakan tidak, dahulu anak kelahiran Kelantan itu pernah bekerjasama dengan pelakon Will Smith dan YouTuber Zach King dalam menghasilkan beberapa video hebat.

Baru-baru ini, Sofyank sekali lagi tampil memecahkan rekod peribadinya apabila dia bekerjasama dengan United Pictures International (UIP) Malaysia untuk mempromosikan filem Fast dan Furious 9 yang kini sedang berada dalam tayangan di pawagam serata Malaysia.

Yang paling menarik perhatian, salah seorang pelakon Fast and Furious 9, iaitu John Cena turut menyertai pencipta kandungan berusia 25 tahun itu dalam video kali ini.

Dalam klip yang berdurasi 43 saat itu, Sofyank yang duduk bersebelahan John mengejutkan pelakon sasa itu dengan senjata mainan raksasa.

Sofyank kemudian menembak keluar peluru dari senjata mainan itu namun ia dengan mudah ditepis John.

“Bapak powerlah Sufian,” kata John dalam video tersebut ketika melihat ‘cetusan’ Sofyank itu.

Walaupun sebutan Bahasa Melayu John jelas kedengaran pelat, tetapi orang ramai tetap kagum akan cubaannya bertutur dalam bahasa ibunda.

Sekiranya korang perasan, John juga sempat bertanya, “Tengok apa? What is that?” di awal video tersebut.

Sejak dikongsi di media sosial, video kreatif itu telah ditonton lebih 200,000 tontonan di YouTube dan 300,000 di Twitter.

Walaupun kedua-dua mereka tidak dapat bertemu secara fizikal, tetapi hasil video Sofyank seperti biasa tetap juga menghiburkan, lagi-lagi interaksinya bersama John yang begitu mencuit hati ramai!

 

 

Sumber: [1]