Siapa yang tak kenal dengan Burj Khalifa yang merupakan salah satu bangunan tertinggi di dunia. Bangunan pencakar langit ini terletak di Dubai, Uni Emirat Arab dan menjadi ikon paling popular di kota Dubai. Bangunan kedua tertinggi di dunia pula bakal menjadi milik Merdeka 118.
Kalau korang perasan di tengah tengah bandaraya Kuala Lumpur ada satu bangunan baru yang masih dalam pembinaan. Bangunan yang menjulang tinggi itu lagi tinggi dari KLCC, TRX dan Menara KL. Wow!
Kalau Burj Khalifa berketinggian 828 meter, dikatakan bangunan Merdeka 118 berketinggian 678.9 meter. Memang tinggi! Ia bakal menjadi kebanggaan baru rakyat Malaysia. Merdeka 118 juga dikenali sebagai PNB 118 dan dimiliki oleh syarikat pengurusan asset terbesar negara kita (Permodalan Nasional Berhad). Diberi nama Merdeka 118 bersempena lokasinya yang terletak di antara Stadium Merdeka dan Stadium Negara. 118 pula merujuk kepada bilangan tingkat bangunan itu.
Rekaannya berunsurkan ‘sihouette’ merupakan imej Tunku Abdul Rahman sewaktu beliau mengangkat tangan melaungkan ‘Merdeka’ dan tiang puncak Menara melambangkan tangan Tunku Abdul Rahman sedang menjulang tinggi.
Menara itu terbahagi kepada pejabat gred A, hotel 17 tingkat dan selebihnya untuk amenity seperti anjung tinjau, sky lobby, restoran dan ruang VIP. Merdeka 118 dijangka siap tahun depan, 2021. So stay tune’ okay!
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: rileklah