Menara Jam Big Ben London Hidup Kembali

menara jam big ben london hidup kembali

London sememangnya merupakan destinasi pelancongan yang mesti dikunjungi ‘atleast once a lifetime’. Setiap daripada kita pasti menjadikan London dalam bucket list’ destinasi wajib dikunjungi. Selalunya paling ramai orang berkunjung ke London pada musim Krismas, kerana ianya paling happening.

Kalau korang nak tahu Menara Big Ben merupakan sebahagian Tapak Warisan Dunia UNESCO dan merupakan jam terbesar di dunia yang berdiameter 7.5 meter. Lebih menarik, Jam Big Ben  ini tidak pernah rosak sepanjang hayatnya walaupun semasa perang dunia kedua, bangunan kelilingnya rosak akibat dibom. Dasyat kan?

Lebih teruja apabila manara jam dunia iaitu Big Ben London sedang menjalani kerja baik pulih selepas 3 tahun. Dikatakan jam yang dipasang di Menara Elizabeth itu menjalani proses baik pulih yang menelan kos jutaan dolar. Fasa kritikal untuk kerja-kerja pemuliharaan kini hampir selesai.

Kerja baik pulih yang dibuat penuh teliti itu adalah untuk memastikan perincian hiasan sesuai dengan reka bentuk asal yang dihasilakn pada tahun 1859.

Walaubagaimanapun, kita masih tidak dapat melancong ke luar negara akibat pandemic yang kini meningkat naik. Harap korang semua bersabar dan patuhi SOP sehingga sempadan antarabangsa kembali dibuka.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: rileklah