Menara Eiffel di Paris, Perancis mencatatkan ketinggian baru pada paras 330 meter atau 1,083 kaki selepas sebuah antena radio dipasang di atasnya.
Menara yang telah dibina sejak abad ke-19 itu menyaksikan ketinggian barunya selepas antena audio digital DAB+ dipasang di puncaknya dengan menggunakan sebuah helikopter pada Selalu lalu.
Ketinggiannya sebelum ini dicatatkan pada 324 meter.
Menara tersebut mula dibina pada 28 Januari 1887 oleh Gustave Eiffel, kira-kira 135 tahun lalu.
Ia dirasmikan pada 15 Mac 1989 sebelum dibuka kepada pengunjung pada 31 Mac tahun yang sama.
Sumber: [1]