Megan Fox Sah Bergelar Tunangan Machine Gun Kelly

Pelakon Megan Fox dan pemuzik Machine Gun Kelly mengumumkan bahawa mereka telah mengikat tali pertunangan.

megan fox sah bergelar tunangan machine gun kelly

Menerusi entri terbarunya di Instagram, Fox berkongsi video pertunangan mereka padea 11 Januari lalu.

“Entah bagaimana setahun setengah kemudian, setelah melalui (rintangan) bersama-sama, dan ketawa lebih daripada yang saya bayangkan, dia meminta saya untuk berkahwin dengannya,” coret Fox.

Pada September 2020, Kelly pernah membuka cerita tentang pertemuan pertama mereka iaitu di set penggambaran filem Midnight in the Switchgrass.

‘Saya tidak tahu apa ia sehingga saya dan dia bertentang mata. Ketika itulah saya rasa seperti, ‘Whoa’,” kata Kelly yang pernah mempunyai seorang cahaya mata perempuan dari hubungan dahulunya.

Sementara itu, Fox pula pernah berkahwin dengan Brian Austin Green yang mana bekas pasangan itu berkongsi tiga orang anak sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah.

 

Sumber: [1]