5 Oktober yang lalu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah pun menyampaikan Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat kepada Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd. Kalau korang nak tahu Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd. ni lah yang mengendalikan McDonald’s dekat negara kita.
Jadi, selepas ini koran boleh tengok Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat dekat 94 buah restoran McDonald’s di sekitar Selangor.
“Kami amat berbesar hati dengan pengiktirafan yang diberikan oleh LZS. Sesungguhnya, pembayaran zakat korporat merupakan komitmen berterusan kami sejak diambil alih oleh Reza Group beberapa tahun lalu. Semoga Zakat yang ditunaikan ini dapat terus membantu golongan yang memerlukan di Malaysia, disamping memenuhi kewajipan kami sebagai umat Islam,” kata Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia, Azhar Darbi.
Sekadar info untuk korang, McDonald’s Malaysia telah pun membayar Zakat korporat sebanyak RM1.4 juta secara keseluruhan di setiap negeri. Untuk di Selangor pula, McDonald’s telah membayar RM101,000 Zakat korporat. Whoaaa banyak tuuu!