Maya Karin Mengaku Didekati Ramai Lelaki, Namun Lebih Selesa Hidup Single

Pelakon popular, Maya Karin mengakui dirinya didekati beberapa orang lelaki tempatan dan seorang jejaka kelahiran Australia.

maya karin mengaku didekati ramai lelaki, namun lebih selesa hidup single

Sejak kembali solo pada 2010, pelakon wanita jelita itu berkongsi ramai yang mahu mengenali dirinya, namun dia lebih selesa berkawan kerana ingin menumpukan perhatian pada kerjayanya.

“Ya, sejak kembali single ada lelaki yang cuba mendekati dan nak kenal-kenal. Ada lelaki tempatan, dan yang agak serius nak kenal saya ialah seorang jejak berasal dari Australia.

“Cuma buat masa ini saya lebih selesa untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya terlebih dahulu.

“Lagipun sekarang ini saya terlibat dengan sebuah pementasan teater serta beberapa karya seni yang sedang saya fokus dan itu menjadi keutamaan saya,” jelasnya.

Terdahulu, Maya pernah mendirikan rumah tangga bersama lelaki Itali, Muhammad Ali Abdullah atau nama sebenar Steven David Shorthose.

Mereka bagaimanapun mengambil jalan untuk membawa haluan masing-masing menerusi perceraian talak satu pada 2010.

 

Sumber: [1]