Maut Akibat COVID-19, Ibu Tunggal Sempat Suruh Anak Ke Rumah Anak Yatim

Seorang ibu tunggal yang meninggal dunia akibat COVID-19, sempat menitipkan pesanan kepada dua anak perempuannya yang berusia tujuh dan sembilan tahun, agar pergi ke rumah anak yatim, sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

maut akibat covid-19, ibu tunggal sempat suruh anak ke rumah anak yatim

Pemeriksaan awal menggunakan kit ujian pantas COVID-19 mendapati ibu berusia 43 tahun itu, yang bekerja sebagai tukang urut ketika hayatnya, positif COVID-19. Dua orang anaknya turut dijangkiti wabak tersebut.

Memetik laporan media tempatan, wanita tersebut dilaporkan mengalami gejala seperti sakit dada, sukar bernafas dan batuk selama tiga hari sebelum meninggal dunia di rumah ketika menunggu bantuan tiba.

Sehari sebelum itu, jirannya sempat membawa dia ke hospital. Bagaimanapun, mereka kemudian kembali ke rumah pada hari yang sama, disyaki kerana wad di hospital telah pun dipenuhi pesakit COVID-19 lain.

Sehubungan dengan itu, satu rakaman video yang memperlihatkan kedua-dua anak perempuannya sayu melihat jenazah ibu mereka dibawa dengan tandu oleh sukarelawan, tular di media sosial dengan jumlah tontonan hampir mencecah sejuta.

Dalam perkembangan lain, dua beradik yang baru sahaja kehilangan ibu tersayang mereka itu kini dikhabarkan sedang menerima rawatan di hospital.

 

Sumber: [1]