Masuk Negara Orang Patuh SOP!

Baru-baru ni viral kes wanita warga asing marah petugas butik mewah yang halang dia masuk butik sebab tak pakai mask.

Hellooo, dah memang SOP suruh pakai mask, pakai jelahh.

Untuk keselamatan diri sendiri jugak sebenarnya.

masuk negara orang patuh sop!

Disebabkan kedegilan wanita yang digelar ‘Karen’ oleh netizen ni, dia dikompaun RM3,000 atas 2 kesalahan.

Pertama, masuk kedai tak scan MySejahtera dan kedua, tak pakai pelitup muka.

Macam-macam perangai!

Terbaru, viral pulak gambar 2 warga asing yang slumber tak pakai mask kat Taman KLCC.

masuk negara orang patuh sop!

Polis dah buka kertas siasatan dan mengesan 2 wanita ni.

Benda ni sebenarnya simple je, bila masuk negara orang, mesti patuh dengan peraturan yang dah ditetapkan oleh negara tu.

Ini orang panggil ADAB.

Jabatan Imigresen pun ingatkan semua warga asing di negara ni supaya patuh SOP.

Kalau gagal, dipersilakan pulang ke negara asal dan jangan terkejut pulak kalau disenarai hitamkan daripada masuk ke Malaysia nanti.

Nasihat ni untuk semua rakyat Malaysia yang tengah atau rancang nak bercuti ke luar negara, tolong hormat tempat orang lain.

Bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau, menguak.

Jaga imej negara, jadilah warganegara Malaysia yang bertanggungjawab dan beradab.

#KitaJagaSOPKita

 

Oleh: Izzati Amir