Masuk Menara KL dan Alor Setar Percuma Buat Para Frontliner

masuk menara kl dan alor setar percuma buat para frontliner

Kalau korang salah satu daripada petugas barisan hadapan ataupun dipanggil ‘frontliners’, korang layak untuk mengunjungi Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar secara percuma bermula dari 17th June sehingga 16th September.

Untuk mendapatkan tiket percuma ini, korang hanya perlu menunjukkan dokumen kerja yang sah sebagai frontliners ketika membeli tiket di kaunter. Lebih menarik, kalau korang yang bukan petugas barisan hadapan yang datang bersama frontliners, korang bakal menerima tawaran diskaun dimana pengiring pertama dan kedua hanya dikenakan bayaran RM10 setiap sorang manakala pengiring ketiga dan seterusnya dikenakan bayaran 50% daripada harga asl tiket iaitu RM71 untuk dewasa dan RM36 untuk kanak kanak.

Tawaran ini tidak mempunyai kuota terhad pengunjung dan ia boleh digunakan sehingga promosi tamat pada 16th September, bulan depan. So apa lagi guys, jangan lepaskan peluang untuk kunjung ke Menara Alor Setar dan Menara Kuala Lumpur sepanjang bulan ini sehinggga 16th September. Jangan lupa pakai topeng muka!

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: rileklah