Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi Akan Dibuka Tak Lama Lagi

masjidil haram dan masjid nabawi akan dibuka tak lama lagi

Penularan wabak COVID-19 sememangnya memberikan kesan kepada dunia. Antara yang turut terkesan adalah dua masjid suci umat Islam- Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah. Disebabkan wabak itu, dua masjid ini telah menggantung dan ditutup buat orang ramai.

Bagaimanapun Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais telah mengumumkan bahawa dua masjid itu akan diuka semula tidak lama lagi. Pengumuman itu dibuat melalui twitter haramain.info.

Berdasarkan tweet tersebut, masjid itu akan menerima semula orang ramai untuk melakukan ibadah seperti tawaf dan solat, serta ziarah terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Biarpun begitu, pihak pengurusan dua masjid itu tidak akan tergesa-gesa untuk membuka semula. Pihak mereka akan meniliti dan melakukan langkah pencegahan wabak terlebih dahulu demi kebaikan umat Islam di seluruh dunia.

"Sekali lagi, kami menyeru semua umat Islam agar terus berdoa semoga pandemik ini selesai, berdoa untuk kebaikan pemimpin kita (Penjaga Dua Masjid Suci) sambil menerima bahawa apa yang dilakukan ini adalah yang terbaik.

"Semoga Allah melindungi mereka," kata Imam Besar Masjidil Haram itu.

Sumber: Twitter Haramain.info